SHAH ALAM – Seramai 3,500 kanak-kanak di negeri ini dijangka menyertai program khas berkhatan beramai-ramai secara percuma sehingga pertengahan bulan depan.
Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 itu melibatkan sembilan daerah Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Gombak, Petaling, Sepang dan Kuala Langat serta mula dilaksanakan sejak kelmarin.
Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan negeri memaklumkan program anjuran bersama
Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di semua daerah.
“Kerajaan negeri mendapati ramai kanak-kanak kampung tradisi berasal daripada keluarga B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Ada daripada mereka mengalami kesukaran menguruskan kos berkhatan dan kami mengambil langkah proaktif untuk membantu menyediakan perkhidmatan percuma itu,” kata kenyataan itu.-KOSMO!ONLINE