fbpx

24,466 kes Covid-19, 40 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah pesakit baharu yang disahkan positif Covid-19 semakin menurun dengan semalam mencatatkan di bawah angka 25,000 iaitu 24,466 kes, berdasarkan data pada laman web CovidNow.

Mengikut perbandingan, negara mencatatkan kes harian sebanyak 27,299 kes pada kelmarin, selepas tiga hari berturut-turut melepasi angka 30,000 iaitu 31,199 kes (23 Februari), 32,070 kes (24 Februari) dan 30,644 kes (25 Februari).

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 246 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,419,636 kes.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan di Selangor (6,823 kes), Sabah (2,874 kes), Kedah (2,060 kes), Johor (1,818 kes), Pulau Pinang (1,548 kes), Negeri Sembilan (1,520 kes), Pahang (1,461 kes), Perak (1,330 kes) dan Kelantan (1,146 kes).

“Seterusnya, Kuala Lumpur (1,123 kes), Melaka (750 kes), Terengganu (731 kes), Sarawak (475 kes), Perlis (321 kes), Labuan (311 kes) dan Putrajaya (175 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 40 kes kematian Covid-19 dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,674 kes manakala, sebanyak 17 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,690 kes.

Sebanyak 300,692 kes aktif dilaporkan melibatkan 288,980 kes dikuarantin di rumah, 3,495 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,864 kes di hospital, 160 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 193 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI