fbpx

Saiful Malaysian Idol dah jadi pondan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERUBAHAN imej terkini Saiful yang menjadi seperti wanita tular dalam TikTok.

LAMA Diva tidak dengar berita tentang penyanyi asal Sarawak, Saiful selepas berakhirnya program Malaysian Idol yang mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara pada musim tersebut.

Saiful yang terkenal kerana memiliki raut wajah ‘comel’ itu sempat juga popular dengan sebuah lagu berjudul Ku Juga Mencintai Dirimu sebelum hilang dari radar seni hiburan tanah air.

Tiba-tiba baru-baru ini, nama Saiful kembali disebut-sebut selepas tular dalam media sosial imej terbaharunya yang mengejutkan ramai pihak.

Diva sendiri pun tercengang. Mana tidaknya, tular imej Saiful yang kini telah berubah menjadi semakin ‘wanita’ atau dalam bahasa kasarnya pondan.

Dapat dilihat dalam video tersebut, wajahnya sangat berbeza dengan Saiful yang dahulu. Lebih anggun, kelihatan kurus dan runcing.

“Hai, saya Saiful,” katanya.

Sebelum ini ada juga tular gambar Saiful yang lebih mesra dengan panggilan Saifulina. Kalau jadi lelaki boleh tahan kacak. Jadi perempuan, bukan main cantik lagi. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini? Tepuk dahi Diva dibuatnya.

DIVA: Sedap sungguh lagu duet Dayang Nurfaizah dengan Amir Masdi berjudul Debu sampai tak jemu mendengar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI