fbpx

Remaja Orang Asli maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan setelah terlibat nahas di Kilometer 357.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah hari ini-IHSAN PDRM

TAPAH- Seorang remaja lelaki Orang Asli maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 357.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu mengorbankan Along Amir, 19, akibat kecederaan parah.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RSX dalam perjalanan dari Tapah menuju Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan besi di tengah lebuh raya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, punca kemalangan dipercayai terbabas sendiri dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI