fbpx

Remaja lemas jatuh tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung mayat mangsa selepas ditemui lemas di tali air di Kampung Talang, Kadok sebentar tadi. /FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang remaja ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air ketika sedang mengayuh basikal bersama dua sepupunya untuk ke rumah datuk mereka di Kampung Talang, Kadok di sini hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Fazly Kamri, 13, ditemui pada pukul 10 malam tadi kira-kira 50 meter dari lokasi dia terjatuh ke dalam tali air itu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mayat mangsa ditemui oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelam di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di dasar tali air itu pada kedalaman 2.5 meter.

Katanya, Balai Polis Ketereh di sini menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 6.20 petang yang memaklumkan terdapat seorang remaja lemas di dalam tali air.

“Sebaik sahaja anggota polis tiba di tempat kejadian, keluarga mangsa mengesahkan Muhammad Fazly lemas di dalam tali air di Kampung Talang.

“Selepas anggota PPDA melakukan selaman hampir 30 minit, mayat mangsa ditemui di dasar tali air itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Muhamad Zaki memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk proses bedah siasat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI