fbpx

Pertempuran semakin sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan tentera jenis BMP-2 bersiap sedia di pinggir bandar Kiev ketika tentera Rusia mara ke bandar itu. – AFP

KIEV – Tentera Rusia terus mara ke ibu negara Ukraine, Kiev kelmarin pada hari kedua pencerobohan selain tembakan roket terus menghujani seluruh negara ketika rakyat Ukraine mencari tempat perlindungan daripada serangan bom, lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Jumlah kematian turut meningkat apabila tentera Rusia mengebom infrastruktur dan sekolah-sekolah ketika bergerak ke Kiev. Kremlin turut berkata kelmarin bahawa pihaknya bersedia untuk berdialog dengan pemimpin-pemimpin Ukraine.

“Kami bersedia untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa sebaik sahaja angkatan tentera Ukraine menyahut seruan presiden kami, menamatkan penentangan mereka dan meluncutkan senjata,’’ kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov seperti dilaporkan agensi berita rasmi TASS.

“Tiada sesiapa merancang untuk menyerang dan menindas mereka, biarkan mereka kembali kepada keluarga dan biarlah kita beri peluang kepada rakyat Ukraine untuk menentukan masa depan mereka,’’ tambah Lavrov.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mengesahkan bahawa tembakan roket telah melanda ibu negara berkenaan.

“Kali terakhir ibu negara kami mengalami perkara seperti ini adalah pada 1941 apabila diserang oleh Nazi Jerman. Ukraine mengalahkan kejahatan itu dan akan mengalahkan kejahatan ini,’’ katanya menerusi ciapan di Twitter.

Seorang pegawai Kiev berkata, sebuah bangunan kediaman berpotensi roboh setelah terkena serpihan roket. Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine berkata, sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan 150 telah dipindah keluar dari bangunan itu.

Presiden  Ukraine, Volodymyr Zelensky telah mengkritik pemimpin-pemimpin Barat kerana tidak bertindak dengan baik untuk campur tangan dalam pencerobohan Rusia yang bermula awal Khamis lalu. 

Dengan ketiadaan bantuan asing, Zelensky bergantung kepada kekuatan rakyat Ukraine untuk melawan tentera dari Moscow. Beliau kelmarin malah berkata bahawa tentera Ukraine berjaya menangkis kemaraan Rusia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI