fbpx

Pentingnya proses metamorfosis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPERTI ulat beluncas yang perlu melalui pelbagai proses sebelum menjadi kupu-kupu, usahawan juga harus mengalami transformasi untuk berjaya. – GAMBAR HIASAN

BAGI orang yang berjaya di dunia pastinya ada melalui fasa metamorfosis dalam kehidupan mereka.

Tanpa metamorfosis, susah untuk seseorang itu berjaya sama ada dalam bisnes mahupun kehidupan bagi menjadi insan yang luar biasa.

Apa itu metamorfosis?

Metamorfosis bagi saya bermaksud sesuatu perubahan besar atau transformasi dalam hidup.

Kebanyakan daripada kita tanpa disedari, sebenarnya sudah pun mengalami metamorfosis.

Bagaimanapun untuk mendapatkan metamorfosis atau transformasi lebih baik, ia perlu dilakukan dengan consciousness atau secara sedar.

Bagi usahawan, saya umpamakan mereka ini seperti beluncas dalam kitaran hidup sebelum menjadi kepompong dan akhirnya terbang sebagai kupu-kupu.

Tapi tahukah anda, fasa kepompong adalah masa yang sangat genting, sukar untuk menentukan sama ada ia dapat meneruskan kitaran hidupnya.

Berada dalam ruang yang kecil, tanpa makan minum dan bergantung kepada bekalan tersimpan dalam badan, malah terdedah kepada ancaman luaran.

Kepompong yang dibentuk pula perlu dipecahkan sendiri oleh bakal kupu-kupu.

Kajian saintis mendapati apabila beluncas cuba ‘dibantu’ dengan memecahkan kepompong agar memudahkan ia keluar, serangga itu lebih mudah mati.

Kupu-kupu tidak dapat survive apabila mereka tak mengikuti proses memecahkan kepompong.

Ketika fasa kepompong itulah, umpama seseorang usahawan yang sedang menerima tekanan dan perubahan, jadi adaptasi perlu dilakukan.

Mereka perlu bertahan malah melalui proses perjalanan dalam membina bisnes yang berjaya. Ingat apa saya selalu katakan:

“Trust the process!”

Sebagai usahawan, anda perlu percaya kepada proses yang perlu dilalui dengan melakukan tindakan, strategi dan panduan diberi.

Dari proses inilah, ramai usahawan berjaya terhasil terutamanya anak bangsa saya.

Di sinilah lahirnya usahawan jutawan dan RichWorks memang ada banyak bukti-bukti kejayaan anak didik yang menyaksikan transformasi hingga mencapai jualan bukan setakat jutaan, malah puluhan dan ratusan juta.

Dalam membina bisnes berjaya, usahawan perlu melakukan metamorfosis yang memerlukan tiga perkara ini:

1. Mempunyai matlamat yang lebih besar.

2. Bila ada matlamat yang besar maka ia memerlukan tindakan besar bersama tekanan padanya.

3. Proses transformasi tahap tinggi itu berlaku dengan sengaja.

Tiga perkara ini menunjukkan apa yang diperlukan untuk metamorfosis. Jika tak nak berubah, maka hidup kita ini boleh reverse atau terkebelakang.

Ini yang saya saksikan sendiri daripada bimbingan yang pernah diberikan kepada ramai usahawan yang membina bisnes berjaya bersama kami.

Jika anda ingin metamorfosiskan bisnes dan kehidupan anda, saya jemput bersama-sama saya pada Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022 pada 4-6 Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI