fbpx

18 kru, pemancing disahkan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM memindahkan kesemua empat kru dan 14 pemancing yang diselamatkan bot nelayan tempatan ke KM Tenggol dan Bot Penyelamat 5 malam ini.

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan empat kru dan 14 pemancing terselamat dalam kejadian bot karam di kedudukan kira-kira 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Kesemua mangsa yang diselamatkan bot nelayan tempatan telah dipindahkan ke Kapal Maritim (KM) Tenggol dan Bot Penyelamat 5 pada malam ini.

APMM memaklumkan, seramai 18 mangsa disahkan selamat dan kesemua mereka masih dalam perjalanan untuk dibawa ke Jeti APMM di Bukit Malut di sini.

“Dua daripada pemancing dilaporkan mengalami kecederaan,” katanya di sini sebentar tadi.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan operasi mencari dan menyelamat digerakkan bagi mengesan 14 pemancing dan empat kru sebuah bot yang dilaporkan hampir karam di kedudukan kira-kira 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Sektor operasi diperluaskan daripada lima batu nautika hingga ke 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek timbul seperti tong ikan, tin biskut dan gabus dipercayai milik bot itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI