fbpx

Mayat aktres Thailand yang hilang ditemui terapung di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGMO dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika menaiki bot bersama rakannya. - Flickr/Uwe Schwarzbach

BANGKOK – Pasukan penyelamat semalam berjaya menemukan mayat seorang pelakon wanita Thailand, Tangmo yang terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger. 

Anggota-anggota penyelamat daripada Yayasan Ruamkanyu melaporkan telah menemui mayat Tangmo atau nama sebenarnya, Pataratida  Patcharaveerapong terapung di sungai  itu sekitar pukul 2.10 petang (waktu tempatan) semalam.  

Seorang pelakon lelaki Thailand yang turut menjadi sukarelawan dalam misi pencarian, Eakpan Bunluerit mengesahkan mayat itu adalah Tangmo.

Mayat berkenaan terapung berhampiran jeti Pibul Songkhram 1 di bandar Nonthaburi. Polis menutup kawasan itu untuk memberi privasi kepada keluarga dan rakan mangsa termasuk menghalang sekumpulan besar kakitangan media ke kawasan tersebut. 

Polis kemudian membawa mayat mangsa untuk bedah siasat di Institut Pusat Sains Forensik, Hospital Universiti Thammasat bagi menentukan punca kematian. Tangmo dilaporkan menaiki bot bersama lima rakannya sebelum dilaporkan terjatuh ke dalam sungai. 

Akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa pemandu bot berkenaan yang hanya dikenali sebagai Por, bakal didakwa atas kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

Por dikatakan beritndak menghubungi polis  dan bersetuju untuk disoal siasat serta menjawab sebarang pertuduhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI