fbpx

Leeds, Bielsa akhirnya ‘bercerai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bielsa yang telah membimbing Leeds United sejak 2018 telah dipecat hari ini. - /FOTO OLEH GETTY

LONDON – Pengendali veteran dari Argentina, Marcelo Bielsa akhirnya dipecat daripada posisi pengurus pasukan Leeds selepas gagal membantu pasukan mempamerkan prestasi konsisten pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengerusi Leeds, Andrea Radrizzani berkata, keputusan untuk memecat Bielsa yang sudah bersama pasukan hampir empat tahun sukar untuk dilakukan tetapi harus dibuat demi meningkatkan prestasi pasukan.

“Ini adalah keputusan yang paling berat untuk saya buat memandangkan sumbangan Bielsa terhadap pasukan sangat besar terutama dalam membantu kami kembali ke persada EPL.

“Bukan itu sahaja, dia juga membawa semula mentaliti kemenangan selain mengubah corak permainan pasukan menjadi lebih moden dan dinamik.

“Namun, situasi yang berlaku sekarang agak sukar untuk diterima dan saya pasti penyokong faham dengan langkah yang terpaksa kami buat kali ini. Saya harap siapa sahaja yang dapat menggantikan posisi Bielsa dapan melakukan tugas dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Difahamkan, Leeds hanya akan mengumumkan pengendali baharu pasukan esok dengan bekas jurulatih Red Bull Leipzig, Jesse March sebagai calon pilihat utama.

Leeds ketika ini hanya mengumpul 23 mata selepas mengharungi 26 perlawanan di kedudukan ke-16 liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI