fbpx

Kumpulan terakhir warganegara pulang ke Malaysia esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang berjaya keluar dari Ukraine semalam akan dibawa pulang dari Warsaw, Poland ke tanah air esok menggunakan penerbangan komersial.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kumpulan itu meninggalkan Kiev melalui jalan darat pada petang 25 Februari dan memasuki Poland malam semalam.

“Ketibaan mereka di sempadan Poland dibantu dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw,” katanya tadi.

Misi evakuasi rakyat Malaysia itu dilaksanakan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kiev kelmarin.

Ia dilaksanakan oleh dua pegawai kedutaan iaitu Kuasa Usaha Sementara, Fadhilah Daud dan Setiausaha Kedua, Aminuddin Osman.

Menurut Wisma Putra, selain dua pegawai kedutaan, misi tersebut melibatkan tujuh warganegara dan dua warga asing tanggungan kepada dua warganegara Malaysia.

“Mereka merupakan kumpulan terakhir yang dibawa keluar dari Ukraine. Kedutaan turut membantu membawa keluar seorang warganegara Singapura dalam misi ini,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini, 13 warganegara Malaysia telah meninggalkan Ukraine dalam tempoh 14 hingga 24 Februari atas nasihat Kedutaan Besar Malaysia di Kiev susulan kenyataan media Kementerian Luar Negeri pada 14 Februari 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI