fbpx

KPM buka bilik gerakan banjir, pusat peperiksaan SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) membuka bilik gerakan banjir bagi menguruskan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang terjejas akibat bencana itu di Terengganu dan Kelantan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

“Saya mengambil maklum tentang situasi banjir di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri-negeri tersebut.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persedian untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya.

Sejak dua hari lalu, banjir melanda beberapa lokasi di Terengganu dan Kelantan menyebabkan sekolah dinaiki air.

SPM 2021 dijadualkan bermula pada 2 Mac ini membabitkan seramai 401,927 calon peperiksaan di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI