PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Myvi dan trak pikap hanyut dibawa arus deras ketika meredah banjir tular di media sosial.
Berdasaran perkongsian video oleh Suara Pasir Puteh, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan.
“Kereta Myvi dihanyutkan arus deras di Kampung Bukit Abal. Hati-hati kepada semua yang meredah banjir,” tulisnya.
Susulan daripada kejadian itu, orang ramai mempersoalkan tindakan dua pemandu kenderaan tersebut meredah air bah sehingga kenderaan hanyut dan memberikan peringatan supaya mengambil iktibar kejadian banjir sebelum ini.
“Menyesal poket nak baiki kereta, kami yang habis tenggelam kereta dan motosikal semasa banjir lepas pun belum selesai lagi, sebelum nak membuat apa-apa tindakan sila fikir dulu keselamatan terutamanya nyawa,” ujar Effa Kasmi pula.
“Jangan sanggup gadaikan nyawa, air tinggi redah lagi,” ujar Nor Aini.- KOSMO! ONLINE