PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 semalam merekodkan penurunan di bawah angka 30,000 dengan 27,299 kes, berdasarkan data pada laman web CovidNow.
Mengikut perbandingan, negara mencatatkan kes Covid-19 melepasi angka tersebut untuk tiga hari berturut-turut iaitu 31,199 kes (23 Februari), 32,070 kes (24 Februari) dan 30,644 kes (25 Februari).
Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 256 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes baharu semalam dilaporkan di Selangor (6,740 kes), Sabah (3,735 kes), Kedah (2,462 kes), Pulau Pinang (2,435 kes), Johor (1,885 kes), Kuala Lumpur (1,691 kes), Pahang (1,636 kes), Negeri Sembilan (1,464 kes) dan Kelantan (1,414 kes).
“Seterusnya Perak (1,321 kes), Melaka (745 kes), Terengganu (515 kes), Sarawak (483 kes), Labuan (377 kes), Perlis (207 kes) dan Putrajaya (189 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, terdapat 43 kes kematian Covid-19 dilaporkan dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,634 kes manakala, sebanyak 13 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,673 kes.
Sebanyak 298,976 kes aktif dilaporkan melibatkan 286,959 kes dikuarantin di rumah, 3,758 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,911 kes di hospital, 145 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 203 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE