fbpx

Indonesia catat 9,542,165 penerima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan menyediakan dos vaksin Covid-19 semasa pemberian dos penggalak di Jakarta baru-baru ini. - Liputan6.com/Johan Tallo

JAKARTA – Kementerian Kesihatan (Kemenkes) melaporkan pemberian vaksin penggalak Covid-19 atau dos ketiga di Indonesia sehingga kelmarin mencecah 9,542,165 orang atau 4.58 peratus daripada sasaran, lapor saluran berita Liputan6.

Suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pula sudah mencapai 190,531,114 orang atau sekitar 91.48 peratus. Dos kedua pula sudah mencapai 143,280,295 orang atau 68.80 peratus.

Indonesia menyasarkan seramai 208,265,720 penduduknya divaksin. Data berkenaan dilaporkan oleh Kemenkes menerusi laman kemenkes.go.id kelmarin.

Kemenkes bahkan menyarankan masyarakat Indonesia untuk segera melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. 

Jurucakap Vaksinasi Covid-19 dari Kemenkes, Siti Nadia Tarmidzi menegaskan bahawa vaksin terbukti mempu melindungi masyarakat daripada risiko gejala teruk hingga kematian akibat dijangkiti koronavirus.

Menurut Nadia, seramai 2,484 orang dilaporkan meninggal dunia ketika varian Omicron Covid-19 merebak di Indonesia. Kebanyakan pesakit yang meninggal dunia adalah mereka yang belum mendapatkan dos vaksin lengkap.

Keseluruhannya, 73 peratus belum divaksin lengkap manakala 27 peratus sudah divaksin lengkap di Indonesia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI