fbpx

Boleh snorkeling, skuba di Pulau Undan bila-bila masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai boleh menikmati keindahan 81 spesies batu karang, 67 ikan karang dan 77 hidupan marin di Pulau Undan, Melaka.

MELAKA – Peminat aktiviti snorkeling dan skuba kini berpeluang menerokai lebih 80 spesies karang dan hidupan marin sepanjang tahun tanpa ancaman musim tengkujuh di Pulau Undan, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka (MPPM) Azhar Yaacob berkata, pulau itu menawarkan 81 spesies batu karang, 67 ikan karang dan 77 hidupan marin untuk diterokai peminat aktiviti snorkeling dan skuba.

Katanya, aktiviti itu juga boleh dilakukan sepanjang tahun kerana perairan berkenaan tidak berdepan dengan ancaman monsun timur laut yang menyebabkan ketidaktentuan cuaca dan laut bergelora.

“Kita mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Pulau Undan untuk menikmati pemandangan dasar laut termasuk batu karang dan hidupan marin, malah ikan Nemo kita juga adalah yang terbaik.

“Pulau ini akan dibuka sepanjang tahun kepada pengunjung, tidak seperti pulau percutian di Pantai Timur yang terpaksa ditutup selama empat bulan bermula Oktober atau November kerana ancaman musim tengkujuh” katanya ketika sidang akhbar selepas Program Eksplorasi Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol sempena cadangan pewartaan sebagai Taman Laut Negara di sini hari ini.

Program itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Tambahnya lagi, pulau tersebut dalam peringkat untuk diwartakan sebagai Taman Laut Negara, justeru jumlah pengunjung mungkin akan dihadkan antara 100 hingga 150 sehari bagi menjaga ekosistem terumbu karang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd. Fauzi Salehon berkata, secara keseluruhan 57 tukun dasar lembut telah dilabuhkan di perairan Pulau Besar, manakala 23 unit propagasi karang dilabuhkan di Pulau Undan sebagai usaha memulihara kawasan pembiakan serta habitat hidupan marin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI