SEBENARNYA lama tidak mendengar cerita tentang Gambit Saifullah.
Tiba-tiba namanya kembali menjadi bualan ramai selepas muncul dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa.
Diberi tanggungjawab menggalas watak Izfairin iaitu lelaki yang terlibat dengan hubungan cinta sejenis, terbukti Gambit berjaya menyampaikannya dengan cemerlang.
Rata-rata penonton drama tersebut memuji lakonannya.
Iyalah, jika ramai yang geram dan benci dengan Izfairin, itu bermakna dia berjaya lakonkan watak tersebut dengan baik.
Rasa-rasanya bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan Gambit sekali gus membuktikan dia seorang aktor versatil.
Apapun, selain Gambit, ramai juga geram dan terhibur dengan Datuk Aaron Aziz dalam drama tersebut.
DIVA: Tahniah kepada pengarah dan penerbit drama ini kerana berani mengetengahkan realiti masyarakat hari ini.