fbpx

Banjir: Rantau Panjang hampir lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga sebuah gerai makan di Taman Baru, Pasir Mas tetap meneruskan operasi perniagaan petang tadi meskipun kawasan itu sudah dinaiki air. /FOTO ZULHANIFA SIDEK

PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) akan membantu Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dalam membantu penugasan kejadian banjir yang berlaku di Pasir Mas ketika ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya sudah menggerakkan segala aset dan kemudahan yang ada untuk tugasan menyelamat khususnya di Rantau Panjang.

Menurutnya, Rantau Panjang merupakan lokasi yang paling terjejas teruk dan boleh disifatkan hampir lumpuh ekoran limpahan air Sungai Golok.

“Keadaan banjir di Pasir Mas semakin serius ekoran hujan berterusan ketika ini. Situasi itu dapat dilihat apabila seramai 3,433 mangsa banjir telah ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan banjir (PPS) di daerah ini.

“Rantau Panjang paling teruk terjejas apabila 11 buah PPS telah dibuka di kawasan berkenaan setakat ini” katanya kepada pemberita semasa turun padang meninjau situasi terkini banjir di Rantau Panjang di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tinjauan mendapati bot dan lori menjadi kenderaan utama yang diperlukan pihak polis dalam memudahkan tugasan memindahkan mangsa banjir jajahan ini.

Katanya, hal ini kerana, jalan masuk ke kawasan kampung sudah ditenggelami banjir sedalam 0.6 meter.

“Peningkatan mangsa banjir kali ini dilihat lebih ketara berbanding tahun lalu iaitu antara 18 hingga 22 Disember lalu hanya 11 PPS sahaja dibuka di seluruh Pasir Mas dan hanya menempatkan 2,336,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI