fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan meningkat 6,018 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Taman Perumahan Prima, Pasir Mas mula berpindah selepas banjir setinggi 1.5 meter melanda kawasan rumah mereka, hari ini. /FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 6,018 orang mangsa ditempatkan di 64 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 5 petang ini, Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 3,433 diikuti Kuala Krai (938), Tanah Merah (557), Jeli (636) dan Pasir Puteh (193).

Selain itu, seramai 13 mangsa di Kota Bharu dan 44 orang di Machang ditempatkan di dua PPS sekali gus mencatatkan dua lokasi itu sebagai daerah baharu yang terjejas akibat banjir di Kelantan.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan hanya dua sungai sahaja yang masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Temangan, Machang.

Bagaimanapun Sungai Kelantan di Kuala Krai; Kusial, Tanah Merah dan Jambatan Diraja, Kota Bharu berada pada paras amaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI