fbpx

Banjir Kelantan: Pasir Puteh mula terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (kanan) melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Kamil, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seramai 59 mangsa yang terdiri daripada 18 buah keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil di sini hari ini.

Pemindahan yang bermula pada pukul 7 malam tadi dibantu anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis selepas paras air di kawasan rumah mereka naik secara mendadak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofa berkata, antara kampung dalam banjir adalag Kampung Jerat Semata, Kampung Bukit Gedombak, Kampung Gong Serapat, Kampung Nara, Taman Perumahan Serapat dan Kampung Telaga Gayung.

Menurutnya, proses pemindahan dijalankan dengan pantas hasil kerjasama mangsa banjir yang mematuhi arahan pasukan penyelamat.

“PPS di Dewan SMK Kamil dibuka pada pukul 9 malam tadi melibatkan 34 dewasa, 24 kanak-kanak, seorang bayi, dua warga emas dan seorang orang kelainan upaya.

“Mereka yang terlibat bersiap lebih awal berikutan hujan lebat selain limpahan air di tebing Sungai Bukit Gedombak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Puteh merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal turut melawat mangsa banjir di PPS tersebut.

Menurutnya, setakat ini, hanya satu PPS dibuka di Pasir Puteh-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI