fbpx

1,600 pokok ditanam di muara Sungai Sepang Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta program tanaman pokok pesisir pantai di muara Sungai Sepang Besar.

SEPANG – Sebanyak 1,000 pokok bakau di tanam di muara Sungai Sepang Besar, di sini hari ini menerusi Program Penanaman Pokok Pesisir Pantai Untuk Kelestarian Rendah Karbon dan Pembangunan Mampan.

Program berkenaan dianjurkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Institut Rimbawan Malaysia (IRIM), Balai Ikhtisas Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, pihaknya juga akan menanam 600 pokok seperti ketapang dan rhu pantai di kawasan Pantai Bagan Lalang, di sini esok.

Beliau berkata, program ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan untuk menanam 100 juta batang pokok menjelang 2025.

“Kami juga aktif melaksanakan aktiviti penanaman pokok sejak lebih 10 tahun lalu. Bagi tempoh 2008 hingga sekarang, kita telah menanam lebih sejuta pokok bersama pemaju-pemaju perumahan,” katanya.

Katanya, penanaman pokok di pesisir pantai ini penting kerana ia mampu mengawal iklim serta berperanan mengawal iklim dan berfungsi sebagai pelindung semulajadi kepada hakisan dan ombak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI