fbpx

Vettel enggan berlumba di Sochi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL mengakui dia tidak akan menyertai perlumbaan GP Rusia sekali pun ia diteruskan sebagai tanda protes pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. – AFP

LONDON – Formula Satu (F1) sedang memantau potensi pe­nganjuran Grand Prix (GP) Rusia selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Ketika ini, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Uni­ted Kingdom telah mengutuk pencerobohan itu dan telah mula mengenakan sekatan ter­hadap Rusia sekai gus me­nimbulkan spekulasi sama ada perlumbaan tersebut bakal menerima kesan pembatalan.

“Ketika F1 sedang meneliti perkembangan dari semasa ke semasa. Namun, buat masa ini tiada sebarang kenyataan rasmi dapat dikeluarkan mengenai perlumbaan GP Rusia yang bakal diadakan pada September nanti,” kata jurucakap penganjur.

Sementara itu, Sebastian Vettel antara yang lantang mengkritik sekali gus menegaskan GP Rusia patut dibatalkan dan mengancam tidak akan berada di sana jika perlumbaan itu diteruskan.

“Jelas sekali, saya sangat terkejut selepas mendengar berita tersebut. Saya tidak akan pergi jika perlumbaan itu dite­ruskan. Ia adalah satu tindakan yang salah untuk berlumba di negara itu.

“Saya simpati kerana orang yang tidak bersalah kehila­ngan nyawa. Mereka terbunuh atas sebab bodoh dan kepemimpinan yang sangat pelik serta gila,” tegas Vettel.

Juara dunia musim lalu, Max Verstappen turut senada dan menggesa saingan GP Rusia tidak diteruskan ketika negara itu dalam situasi perang.

“Apabila sesebuah negara itu sedang berperang adalah tidak wajar untuk meneruskan perlumbaan di negara tersebut. Namun, keputusan ini harus diputuskan semua pihak sama terutama tindakan seterusnya,” ujarnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI