fbpx

KBS pantau dekat baki skuad B-23 di Phnom Penh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL (dua dari kiri) menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Datuk Shukor Salleh-Jeneral Padang di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan sembilan pemain dan tiga pegawai skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara berada dalam keadaan baik meskipun tidak dibenarkan pulang kerana masih dikuarantin di Phnom Penh, Kemboja ekoran positif Covid-19.

Sebagai rekod, seramai 28 pemain dan pegawai skuad muda Harimau Malaya telah selamat pulang ke tanah air kelmarin susulan tersingkir daripada peringkat kumpulan saingan Piala AFF B-23 awal minggu ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, KBS sentiasa berhubung rapat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memastikan semua yang terkandas berada dalam keadaan selamat.

“12 individu meliputi pemain serta pegawai skuad B-23 negara berada dalam keadaan baik dan sebarang tindakan lanjut akan diambil KBS berdasarkan maklumat terkini daripada FAM.

“Berdasarkan situasi semasa, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana mereka sedang menjalani kuarantin di sana. Kita doakan mereka cepat sembuh sepenuhnya dan boleh pulang ke tanah air secepat mungkin,” katanya semalam.

Ahmad Faizal ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Datuk Shukor Salleh- Jeneral Padang di Wisma FAM, Petaling Jaya yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Faizal turut menyeru agar atlet sukan khususnya pemain bola sepak serta peminat tanah air kekal menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan peningkatan kes positif ketika ini.

“Buat masa ini SOP yang dibuat adalah kekal tetapi saya mahu semua pihak kekal berwaspada kerana saya bimbang jika berlaku peningkatan mendadak, maka perkara pertama yang akan disekat (kerajaan) adalah aktiviti sukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI