fbpx

Rusia balas kecaman Israel, kutuk penempatan Yahudi di Bukit Golan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Askar Israel memantau Syria dari Bukit Golan. – Getty

MOSCOW – Rusia mengecam penempatan haram Israel di Bukit Golan dalam wilayah Syria sebagai tindak balas kepada kecaman Israel terhadap Moscow kerana menyerang Ukraine, lapor laman Middle East Monitor.

Menurut akhbar Israel Hayom, Rusia menegaskan bahawa tindakan Israel adalah melanggar Konvensyen Geneva 1949.

“Rusia tidak mengiktiraf penempatan Israel di Bukit Golan yang merupakan sebahagian daripada Syria,” kata kenyataan dikeluarkan Moscow.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid sebelum itu menyelar serangan Rusia ke atas Ukraine dan menyifatkannya sebagai ‘melanggar aturan dunia’.

“Israel sudah terlibat dengan banyak peperangan. Peperangan bukan penyelesaian kepada konflik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI