fbpx

Rusia ancam gugurkan ISS ke atas AS, Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Moscow menyenaraikan India, China, AS dan Eropah sebagai pilihan untuk menjatuhkan ISS. – Getty

MOSCOW – Agensi Angkasa Lepas Rusia(Roscomos)  mengeluarkan ancaman untuk menjatuhkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) ke arah negara-negara yang melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Moscow ketika peperangan berlangsung dengan Ukraine, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ketua Roscomos, Dimitry Rogozin menyatakan ancaman itu dalam kenyataan di Twitter sebagai membalas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengenai sekatan yang dikenakan ke atas Rusia.

“Siapa yang akan menyelamatkan ISS sekiranya ia keluar dari orbit?” kata Rogozin.

Dalam beberapa kenyataannya di Twitter,  Rogozin turut menyenaraikan India, China, AS dan Eropah sebagai pilihan untuk menjatuhkan stesen seberat 500,000 kilogram (kg) itu.

“Jika anda menyekat kerjasama dengan kami, siapa yang akan menyelamatkan ISS daripada keluar dari orbit dalam keadaan di luar kawalan dan jatuh ke atas AS atau Eropah?

“Kami juga mempunyai pilihan untuk menjatuhkan struktur seberat 500,000 kg itu ke atas India dan China. Adakah anda mahu mengancam mereka dengan prospek seperti itu?

“Jika ISS tidak menuju ke Rusia, semua risiko berada di tangan anda. Adakah anda bersedia?” tegasnya.

Biden sebelum itu mengumumkan untuk menghentikan import teknologi kepada Rusia dalam usaha untuk memperlahankan keupayaan ketenteraan berteknologi tinggi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI