fbpx

PRN Johor: Wartawan dikompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang wartawan daripada akhbar berbahasa Cina dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kompaun itu ekoran kegagalan memastikan penjarakan fizikal di majlis penanaman calon yang berlangsung di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru di sini.

Berdasarkan surat kompaun berkenaan, wartawan itu diberi tawaran kompaun bernilai RM1,000 kerana melakukan kesalahan berkenaan pada pukul 9 pagi.

Wartawan berkenaan yang berusia 42 tahun memberitahu, dia tidak menyedari kesalahan yang dilakukan kerana ketika itu hanya memberi tumpuan kepada tugas hakikinya.

“Saya hanya mendekati calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, gambar dan nombor telefon.

“Saya tidak sangka pula apa yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan kerana hanya saya seorang dikenakan kompaun sedangkan pada waktu itu terdapat beberapa wartawan lain melakukan perkara sama,” katanya yang sudah lebih 10 tahun menjadi wartawan.

Seorang lagi wartawan portal bagaimanapun hanya dikenakan amaran.

“Saya akan lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas,” jelasnya yang datang dari Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI