fbpx

Perseteruan hangat antara selebriti, keluarga sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHIDUPAN empat selebriti ini pernah hangat gara-gara perselisihan faham atau kepincangan yang berlaku dalam keluarga mereka.

KEHIDUPAN selebriti mungkin nampak sempurna di mata semua orang tetapi ironinya, mereka sama sahaja seperti kita, adakalanya terusik dengan pelbagai perkara terutamanya apabila melibatkan keluarga.

Selebriti popular juga tidak terlepas daripada pergaduhan dan perselisihan faham dengan ahli keluarga sendiri, sama seperti orang kebanyakan.

Cuma yang membezakan perselisihan membabitkan kehidupan selebriti dengan diri kita adalah isu dalam kelambu berkaitan mereka menjadi tatapan umum.

Sekali tersebar, memang susah untuk ditutup. Andai hubungan yang terjejas sebelum ini sudah kembali pulih sekalipun, rekod laporan berita berkaitan kisah peribadi mereka akan tetap ada dalam internet.

Berikut, Gala menyenaraikan beberapa kisah perselisihan faham terbesar yang pernah berlaku dalam hidup selebriti popular antarabangsa bersama ahli keluarga mereka.

Beyoncé

KETIKA diva Hollywood, Beyoncé mencipta populariti bersama kumpulan Destiny’s Child, bapanya, Mathew Knowles bekerja sebagai pengurus mereka.

Kepincangan yang berlaku dalam keluarga penyanyi itu berlaku selepas ibunya, Tina Knowles memfailkan perceraian pada 2009 apabila mengetahui suaminya curang dengan seorang pelakon berasal dari Kanada, Alexsandra Wright.

Dua tahun kemudian, pelantun lagu Single Ladies itu mengumumkan Mathew bukan lagi pengurusnya dengan alasan enggan mencampur aduk antara urusan kerja dan keluarga.

BEYONCE dan bapanya, Mathew Knowles.

Pun begitu, timbul spekulasi bahawa hubungan anak beranak itu renggang berikutan kontroversi kecurangan Mathew kerana Beyoncé tidak hadir pada hari perkahwinan bapanya bersama Gena Charmaine Avery pada 2013.

Tambah menguatkan spekulasi, peminat mengandaikan bahawa lirik lagu Lemonade bukan perihal kecurangan dilakukan suaminya, Jay-Z tetapi semuanya tentang perselingkuhan dilakukan Mathew.

Selepas beberapa tahun berlaku, perseteruan yang berlaku dalam keluarga itu nampaknya reda selepas Mathew dan Tina bergambar bersama Beyoncé ketika jelajah penyanyi itu dan suaminya pada 2018.

Ameesha Patel

BERGELAR antara aktres popular Bollywood rupa-rupanya tidak pernah menjamin kebahagiaan hidup seseorang selebriti.

Demikian yang berlaku terhadap aktres jelita Ameesha Patel apabila populariti yang ditempanya sejak mula berlakon sekitar 2000 meninggalkan impak negatif buat dirinya.

Pada 2004, media Bollywood melaporkan berlaku pertelingkahan besar antara pelakon filem Kal Ho Naa Ho itu dengan ibu bapanya sendiri.

AMEESHA Patel bersama kedua orang tuanya.

Ameesha menyaman kedua-dua orang tuanya sebanyak 120 juta kror bersamaan RM6.7 juta selepas mendakwa bapanya telah salah menguruskan dana untuk menjalankan sebuah bisnes yang akhirnya mengalami kerugian.

Selepas diugut bapa sendiri, pelakon itu dilaporkan meninggalkan rumah orang tuanya dan berpindah di sebuah flat.

Tambah meruncingkan keadaan, ibu bapanya menuduh pengarah Vikram Bhatt yang ketika itu bercinta dengan Ameesha sebagai orang yang menghasut anak mereka melakukan tindakan tersebut.

Angelina Jolie

KEHIDUPAN bintang sensasi Angelina Jolie tidaklah sempurna sepertimana kilauan populariti yang mewarnai namanya dalam industri Hollywood.

Ibu Jolie iaitu Marcheline Bertrand berpisah dengan bapanya yang juga aktor terkenal, Jon Voight ketika dia baru berusia dua tahun kerana lelaki itu dikatakan berlaku curang. Dia dibesarkan sendiri oleh ibunya.

Keadaan tersebut menyebabkan aktres filem Maleficient itu tidak mendapat kasih sayang sempurna daripada seorang bapa sehingga menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin meskipun kedua-duanya bekerja dalam satu profesion yang sama.

Kedinginan hubungan mereka bertukar api yang membara apabila Voight pada 2002 pernah memberitahu media bahawa Jolie menghidap penyakit mental yang sangat serius sehingga menyebabkan aktres itu mengambil keputusan membuang ‘Voight’ daripada namanya secara sah.

HUBUNGAN Angelina Jolie bersama bapanya, Jon Voight pernah dingin.

Tetapi jika sudah namanya berkongsi darah yang sama dalam badan, situasi yang berlaku antara Jolie dan bapanya sesuai digambarkan dengan pepatah, air dicincang tidak akan putus.

Selepas beberapa tahun menjalani hubungan dingin, tembok pemisah yang menghalang kebahagiaan anak beranak itu sedikit demi sedikit roboh selepas Jolie memberitahu kepada media bahawa bapanya merupakan datuk yang penyayang.

Dia berkata demikian kepada Vanity Fair pada 2017 iaitu setahun selepas perceraian dengan bekas suaminya, Brad Pitt berlaku pada 2016 dengan berkata: “Dia seorang yang memahami bahawa mereka (anak-anaknya) sangat memerlukan datuknya pada waktu sebegini (perceraian).”

Vanessa Angel

KEPINCANGAN yang berlaku terhadap allahyarham Vanessa Angel sedikit berbeza kerana hal dalam selimut membabitkan keluarganya tercetus selepas dia meninggal dunia dalam kecelakaan jalan raya pada 4 November tahun lalu.

Tanah kubur masih basah, namun polemik yang berlaku antara keluarga Vanessa dengan keluarga suaminya, Bibi Ardiansyah yang turut terkorban dalam tragedi menyayat hati tersebut pantas menjalar perhatian media.

ALLAHYARHAM Vanessa Angel bersama bapanya, Doddy Sudrajat.

Kedua-dua bapa pasangan selebriti itu terlibat dalam pertelingkahan membabitkan beberapa isu berbangkit tentang anak-anak mereka.

Ayah Bibi iaitu Faisal mendedahkan keburukan besannya iaitu bapa Vanessa, Doddy Sudrajat kepada media.

Bukan sekadar berbohong perihal wang insurans dan ingin merebut hak penjagaan anak Vanessa dan Bibi iaitu Gala Sky Ardiansyah, ada beberapa lagi keburukan Doddy didedahkan Faisal termasuk perihal pembahagian harta pusaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI