fbpx

Pelawak Malaysia dikecam permainkan isu Rusia-Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAWAK kelahiran Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger menerima kecaman hebat daripada orang ramai kerana dikatakan mempermainkan isu Rusia-Ukraine.

PETALING JAYA – Pelawak kelahiran Malaysia yang kini menetap di United Kingdom, Nigel Ng menerima kecaman hebat netizen disebabkan ciapan celuparnya menerusi Twitter dengan menyebut nama negara Ukraine.

Tindakan Nigel atau lebih dikenali menerusi karakter satira Uncle Roger disifatkan sebagai tidak sensitif kerana cuba berlawak ketika rakyat negara berkenaan sedang menderita dibedil Rusia.

“Sedang menambah tarikh untuk Ukraine bersempena dengan persembahan jelajah dunia ‘Haiyaa’ saya. Nantikannya,” ciap Nigel, 31, berserta emoji muka dengan air mata kegembiraan.

Ciapan tidak sensitif pelawak asal Malaysia, Uncle Roger yang mengundang kemarahan orang ramai dalam Twitter.

Melawak tak kena waktu, Nigel sehingga kini masih belum membuat permohonan maaf atas keterlanjuran ciapan tersebut yang membuatkan ramai berang.

“Alamak! Kadang-kadang apa yang mungkin kelakar dalam kepala anda tidak kelakar dalam kehidupan sebenar,” coretnya lagi.

Ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa kecewa dengan apa yang dilakukan Nigel sehingga ada sebilangan rakyat negara ini berasa malu mengakui lelaki berkenaan berasal dari Malaysia.

“Selamatkan Ukraine. Anda sangat menjijikkan (Uncle Roger) kerana melawak dengan menggunakan nama Ukraine. Buat malu orang Malaysia.

“Tidak lawak langsung. Tak bolehkah anggap apa yang terjadi sebagai satu perkara serius dan buat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang menderita disebabkan pencerobohan Rusia di Ukraine?,” demikian antara ciapan berbaur amarah ditinggalkan pengguna Twitter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI