fbpx

Mooney VR46 laung amaran awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOONEY VR46 mendapat sokongan penuh daripada Ducati apabila mereka bakal turun menggunakan jentera GP22 dan GP21 musim ini. – MOONEY VR46 TWITTER

PESARO, Itali – Legenda MotoGP, Valentino Rossi meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasukannya Mooney VR46 Racing Team menjelang Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim 2022 ini.

Pasukan yang berpangkalan Tavullia, Itali tersebut dibarisi dua pelumba muda iaitu Luca Marini dan Marco Bezzecchi yang akan mendapatkan sokongan penuh daripada Ducati dengan menggunakan jentera Desmosedici GP22 dan Desmosedici GP21.

Rossi yang hadir pada sesi pelancaran pasukannya itu yakin akan kemampuan Marini dan Bezzecchi untuk memberi tentangan pada musim ini terutama kehadiran penaja baharu iaitu Mooney.

“Kami telah bersedia untuk membuat penampilan sulung di MotoGP bersama pasukan VR46 dan saya tahu mereka berdua serta dua lagi pelumba simpanan yang kami miliki akan memberikan 100 peratus aksi terbaik.

“Seluruh pasukan telah be­kerja keras untuk merealisasikan projek ini dan akhirnya berjaya dilancarkan dengan cukup baik. Pastinya ia adalah permulaan terbaik bagi pasukan ini membuka lembaran baharu dalam MotoGP.

“Kami berada di sini atas semua sokongan dan dorongan penuh penaja-penaja. Kami meng­alu-alukan kedatangan Mooney selaku rakan penaja utama kami musim ini,” kata Rossi.

Ketika ini, belum dipastikan sama ada Rossi akan bersama pasukan secara sepenuh musim kerana dia sendiri mempunyai perancangan untuk beraksi pada perlumbaan GT World Challenge Europe 2022.

Pasukan VR46 akan diselia oleh Alessio Salucci selaku, pe­ngarah pasukan yang memastikan segala perancangan pasukan berjalan seperti direncanakan terutama mengendalikan pasukan Moto2 dan MotoGP. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI