fbpx

Mangsa banjir Terengganu meningkat 2,553 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk terjejas banjir dipindahkan ke PPS di Kampung Teladas, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat kepada 2,563 orang daripada 772 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu berkata, setakat ini sebanyak 51 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di lima daerah iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

“Kemaman kekal paling terjejas dengan 1,244 mangsa daripada 340 keluarga telah berpindah di 18 PPS.

“Seramai 652 mangsa daripada 197 keluarga pula ditempatkan di 11 PPS di Hulu Terengganu,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu berkata, sebanyak 11 PPS telah dibuka di Besut dengan menempatkan 414 keluarga daripada 94 keluarga.

Tambah beliau, Setiu pula mempunyai tujuh PPS yang kini menempatkan 234 keluarga daripada 80 keluarga.

“Seramai 69 mangsa daripada 24 keluarga terjejas di Dungun dan kesemua mereka kini ditempatkan di empat PPS.

“Cuaca di Terengganu kini tidak menentu dengan hujan lebat masih berterusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI