fbpx

Mangsa banjir di Kelantan meningkat 1,207 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membantu mangsa banjir di Kampung Chenulang, Kuala Krai hari ini.

KOTA BHARU – Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan kawasan rendah di negeri ini mula ditenggelami banjir semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,207 mangsa telah ditempatkan di 26 pusat pemindahan banjir (PPS) di seluruh negeri setakat pukul 11 pagi tadi.

Antara daerah yang terjejas dengan banjir ketika ini adah Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Jeli menempatkan mangsa banjir paling ramai di negeri ini melibatkan 557, diikuti Kuala Krai (390), Tanah Merah (230) dan Pasir Mas (30).

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan lima batang sungai utama di negeri ini sudah melepas paras bahaya iaitu Sungai Lanas di Jeli, Sungai Lebir di Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Temangan (Machang), Sungai Golok (Rantau Panjang) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).

Sebelum ini, seramai 111 orang mangsa banjir dipindahkan ke enam PPS melibatkan daerah Tanah Merah dan Kuala Krai setakat petang semalam.

Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,207 pagi ini selepas hujan berterusan melanda kebanyakan kawasan di negeri ini sejak malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI