fbpx

Malik dah berubah! – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA babak mesra pasangan songsang, Dean dan Izfairin dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa yang mencuit hati netizen.

DRAMA Suamiku Lelaki Pendosa nampaknya berjaya memukau para penonton sehingga meraih pujian ramai.

Mengetengahkan isu masyarakat seperti cinta sejenis, drama tersebut ternyata memberi impak berbeza dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Pun begitu, di sebalik komen-komen negatif, ramai yang memuji jalan ceritanya berbeza daripada drama tipikal lain.

Lucunya, ada juga yang terhibur dengan lakonan Datuk Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas yang sebelum ini terkenal dengan watak seorang gengster, Malik dalam filem popular, KL Gangster.

Sementara, Gambit Saifullah turut mendapat pujian ramai kerana berjaya melakonkan watak lelaki yang melakukan hubungan songsang iaitu Izfairin dengan cemerlang.

“Apa sudah jadi Malik? Kau dah lain. Ini yang terjadi bila Malik salah pilih watak,” seloroh netizen.

“Karakter Izfairin memang buat aku rasa nak pecahkan televisyen tapi kadang-kadang terhibur juga,” kata netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI