fbpx

Malaysia gesa usaha pendamaian di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Malaysia akan berterusan memberi sokongan penuh kepada usaha mana-mana pihak untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau juga antarabangsa sekaligus mempromosikan kemakmuran sejagat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia memandang serius pergolakan konflik yang berlaku di Ukraine dan menggesa semua pihak untuk segera mengambil langkah bagi meredakan ketegangan agar dapat mencegah kehilangan nyawa dan kemusnahan.

“Dalam tempoh kritikal ini, setiap usaha perdamaian patut ditingkatkan untuk mencapai keamanan dan solusi menerusi dialog juga rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan piagam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“PBB perlu menjalankan tanggungjawab utamanya bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa,” katanya pada satu sidang akhbar di Krung Thep Maha Nakhon, Thailand hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, lapan rakyat Malaysia dan dua tanggungan mereka dalam proses pemindahan oleh Kedutaan Malaysia di Kyiv, Ukraine dan maklumat tentang keadaan semasa mereka dijangka diperolehi petang ini.

“Setakat ini seramai 13 rakyat Malaysia yang terdiri daripada kakitangan keduaan serta pelajar telah dibawa keluar dari Ukraine sepanjang minggu lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI