fbpx

Isu Rusia-Ukraine tidak jejas bekalan makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (tiga dari kanan) melakukan gimik perasmian Kursus Galakan Pelaburan Dan Pemasaran Tanaman Durian di RTC Tunjong, Kota Bharu hari ini. - ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Isu peperangan Rusia-Ukraine yang sedang berlaku ketika ini dilihat tidak memberi kesan secara langsung atau menjejaskan bekalan makanan (food security) di negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, jangkaan itu disebabkan oleh kedua-dua negara tersebut tidak terlibat dalam import dan eksport terutamanya asas pertanian.

“Kita banyak mengimport bekalan dari negara China dan Thailand. Jadi, kita tidak akan terjejas daripada aspek makanan.

“Peperangan antara kedua-dua negara itu juga belaku jauh dari negara kita. Bekalan makanan dalam negara juga mampu mengeluarkan hasil mengikut jadual yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demimian pada sidang akhbar selepas measmikan Kursus Galakan Pelaburan Dan Pemasaran Tanaman Durian di Dewan Serai Wangi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pemasaran Pertanian dan Persekutuan (Fama), Datuk Mohamad Mustahapa Awang dan Pengarah Fama Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad.

Mengulas lanjut Nik Muhammad Zawawi berkata, kerajaan akan memastikan bekalan makanan di negara mencukupi terutamanya beras. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI