fbpx

Redah banjir bawa kambing perap ke majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadlesyam (kanan) bersama rakannya mengangkut dua ekor kambing perap bersama bahan katering meredah banjir di Kampung Chekok Ipoh, Tanah Merah hari ini.

TANAH MERAH – Pengusaha katering terpaksa meredah banjir sejauh 1.5 kilometer bagi membawa dua ekor kambing perap untuk dipanggang sempena majlis perkahwinan di Pasir Mas hari ini.

Pekerja katering Mr. Grill, Fadlesyam Che Mohd. 25, berkata, air naik dengan cepat menyebabkan jalan keluar dari Kampung Kusial Baru ke jalan utama telah ditutup.

Katanya, mereka tiada pilihan lain dan terpaksa membawa dua ekor kambing itu menaiki perahu untuk mengharungi banjir agar dua kambing perap tiba di rumah pengantin tepat pada masanya.

“Tempahan yang sudah dibuat dan tidak boleh dibatalkan kerana pelanggan sudah membuat bayaran penuh.

“Kami tidak sangka air akan naik dengan cepat semalam sehingga menutup jalan utama. Air hanya berada pada paras buku lali semalam, namun pagi ini sudah sampai ke paras pinggang,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Fadlesyam memberitahu, mereka menggunakan perahu milik penduduk kampung untuk membawa dua ekor kambing yang siap diperap itu bersama bahan sos ke Jalan Chekok Ipoh sebelum dipunggah semula dengan sebuah kenderaan lain.

“Keadaan hari ini agak menyukarkan, namun kami berusaha juga menghantar pesanan ditempah pelanggan.

“Sebenarnya jalan kampung ini sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh, namun kami tidak menjangka berlaku banjir pada bulan Februari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI