fbpx

JDT ubat kecewa menang 3-0 ke atas KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT meraikan jaringan mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengubati kekecewaan tumpas 0-2 di pentas Final Piala Malaysia tahun lalu apabila menjinakkan The City Boys 3-0 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Kejayaan Harimau Selatan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu sekali gus membatalkan hasrat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berhasrat untuk meninggalkan dunia bola sepak sekiranya JDT tewas perlawanan itu.

Bagi memastikan Tunku Mahkota Johor itu terus mengemudi JDT, ketua jurulatihnya, Benjamin Mora mempunyai perancangan ampuh untuk menundukkan Kuala Lumpur City FC (KL City) di laman sendiri.

Penguasaan permainan secara menyeluruh ditunjukkan anak didiknya memaksa skuad kendalian Bojan Hodak lebih banyak berada di zon mereka dan hanya menunggu peluang melancarkan serangan balas, itupun juga tidak dibenarkan JDT. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI