fbpx

Tasik Cermin Eco Park Ipoh jadi tarikan baharu pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tasik Cermin yang telah dibuka secara rasmi kini diuruskan syarikat swasta.

IPOH – Tasik Cermin yang terletak dalam kawasan gua batu kapur berusia 480 juta tahun di sini secara rasmi dibuka kepada pengunjung hari ini.

Tasik Cermin Eco Park Ipoh seluas 65 ekar yang terletak di Gunung Rapat itu juga merupakan taman eko kuari yang pertama di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, lokasi itu menawarkan pengalaman pelancongan unik dengan keindahan alam sekitar yang tiada di bandar raya lain.

Menurut beliau, Tasik Cermin merupakan kawasan kuari tidak aktif mempunyai dua tasik dan dua terowong yang unik.

“Pembangunan Tasik Cermin Eco Park Ipoh yang berkonsepkan rendah karbon menggunakan bahan mesra alam kerana lokasinya merupakan salah satu daripada 19 geotapak yang terletak di dalam Geopark Lembah Kinta.

“Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melantik Syarikat Tasik Cermin Tourism Sdn. Bhd. untuk membangunkan lokasi ini,” katanya pada sidang media Majlis Pra Pelancaran Tasik Cermin Eco Park di Tasek Cermin pagi tadi.

Turut hadir Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Jelas Nolee, kerjasama awam swasta membangunkan kawasan itu secara tidak langsung membantu kerajaan negeri memelihara dan mempromosi Geopark Lembah Kinta sebagai salah satu Geopark Kebangsaan yang utama di Malaysia.

Katanya lagi, pelbagai pembangunan pelancongan berasaskan eko telah dirancang yang dibahagikan kepada beberapa fasa.

“Kita juga membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan pada yang sama pihak pemaju juga sedang melatih Orang Asli sebagai sumber tenaga kerja.

“Ketika ini seramai empat Orang Asli diambil bekerja memandangkan alam semulajadi berkait rapat dengan mereka,” ujarnya.

Pembangunan yang dirancang di situ dalam tempoh tiga tahun bagaimana pun tetap mengekalkan ekologi asal bagi memastikan geotapak itu dijaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI