fbpx

Hujan lebat diramal berterusan selama 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 5 Mac ini melibatkan beberapa negeri di semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia melalui Facebook rasminya hari ini berkata, ramalan tersebut berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Tambahnya, berdasarkan analisis yang dilakukan, luruan monsun berserta satu sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan telah memasuki sempadan negeri Pahang dan Terengganu ketika ini dan bergerak merentasi Semenanjung menuju utara Selat Melaka.

Situasi ini menyebabkan berlakunya keadaan hujan lebat berterusan di sekitar negeri-negeri pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia menjangkakan cuaca di negara akan kembali baik menjelang 28 Februari ini.

Katanya lagi, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan utara Sarawak serta barat dan timur negeri Sabah pada sebelah petang hingga awal malam.

Sementara itu, MetMalaysia kekal mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga untuk aktiviti perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 28 Februari 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI