fbpx

Empat jam selamatkan mangsa banjir kena strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir yang diserang strok menaiki bot selepas laluan di Kampung Reka, Jeli terkepung akibat banjir hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

JELI – Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jeli mengambil masa hampir empat jam untuk menyelamatkan mangsa banjir yang juga seorang warga emas selepas diserang angin ahmar atau strok di Kampung Reka di sini hari ini.

Wanita berusia 70 tahun itu terpaksa dipindahkan menaiki bot bomba sebelum menaiki ambulans selepas laluan di kawasan kampung berkenaan terkepung akibat banjir.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohammad Fauzi Che Hassan berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadiam pada pukul 8 pagi dan mengambil masa kira-kira lima jam untuk melakukan operasi menyelamat mangsa.

Menurutnya, wanita itu hanya mampu terbaring ekoran keadaannya sudah tidak bermaya sehingga bomba perlu mengusungnya menaiki bot.

“Empat anggota bomba menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan bot berjaya mengeluarkan mangsa dari kawasan kampung itu.

“Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans dan dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI