fbpx

AS salur bantuan dana ketenteraan RM2.5 bilion kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA Ukraine bersiap sedia untuk melancarkan serangan di wilayah Lugansk pada 24 Februari 2022. – AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani surat perintah yang membenarkan penyaluran dana sehingga AS$600 juta (RM2.5 bilion) bagi bantuan ketenteraan untuk Ukraine, lapor stesen penyiaran NBC News hari ini.

Memo di bawah Akta Bantuan Luar 1961 itu memberi kebenaran kepada Setiausaha Negara untuk menentukan jenis bantuan.

Ia menyebut bahawa matlamatnya adalah untuk menyediakan ‘bantuan ketenteraan segera kepada Ukraine’.

Biden sebelum ini berikrar untuk membantu Ukraine dari segi kewangan sekiranya negara itu diserang oleh Rusia. 

Sementara itu, menurut laporan akhbar Marca, Biden  jelas memberitahu bahawa beliau tidak akan menghantar tentera AS ke Ukraine.

Bagaimanapun, dengan perkembangan situasi semasa, ia memaksa Washington untuk memberikan bantuan ketenteraan daripada pelbagai sudut.

“Kongres boleh menyalurkan dana yang diperlukan untuk menyediakan peralatan ketenteraan dan komunikasi serta beberapa bantuan lain yang mungkin diperlukan Ukraine untuk mempertahankan negara itu daripada serangan Rusia,” demikian menurut laporan Marca.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI