fbpx

AS kenakan sekatan ke atas Putin, Lavrov

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTIN dan LAVROV semasa menghadiri sidang kemuncak di Geneva pada 16 Jun 2021. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa Washington akan melaksanakan sekatan terhadap Presiden Vladimir Putin dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sekali gus mengikuti langkah serupa oleh Britain serta Kesatuan Eropah (EU) susulan serangan Moscow ke atas Ukraine.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, larangan perjalanan akan menjadi sebahagian daripada sekatan terhadap kedua-dua pemimpin tersebut.

Mengulas mengenainya, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova berkata, langkah tersebut menyebabkan hubungan Rusia dan Barat mustahil untuk pulih  kembali.

Tindakan terbaharu AS itu meningkatkan lagi senarai sekatan sedia ada termasuk ke atas empat bank Rusia, membatalkan lebih separuh import teknologi Rusia dan menyasarkan sebilangan golongan elitnya.

Setiausaha akhbar White House, Jen Psaki juga mengumumkan kelmarin bahawa sekatan AS  akan turut dikenakan ke atas Dana Pelaburan Langsung Rusia yang merupakan dana milik negara.

Jabatan Negara AS juga mengenakan sekatan terhadap Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu dan Timbalan Menteri Pertahanan Pertama merangkap Ketua Angkatan Tentera Rusia, Valery Gerasimov.

Kedua-dua mereka menyertai 11 anggota Majlis Keselamatan Rusia yang telah dikenakan sekatan oleh Jabatan Perbendaharaan AS.

Di Brussels, pakej sekatan EU  telah diluluskan oleh  pemimpin-pemimpin blok berkenaan  dalam satu sidang kemuncak kelmarin.

Sekatan EU itu menyasarkan sektor kewangan, tenaga dan pengangkutan Rusia di samping menghalang rakyat Rusia daripada menyimpan sejumlah besar wang  di bank-bank  EU.

Perkembangan itu menyaksikan bilangan warga Rusia yang dikenakan sekatan termasuk dilarang daripada memasuki EU dan aset mereka di EU dibekukan, semakin meningkat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI