fbpx

APMM kesan bot nelayan dakwa selamatkan mangsa bot pancing karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot yang dilaporkan hampir karam dekat Pulau Beras Basah, Langkawi pada petang tadi.

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) kini dalam perjalanan mengesan sebuah bot nelayan dikatakan telah menyelamatkan mangsa bot pancing yang dilaporkan hampir karam di perairan ini pada petang tadi.

Maklumat berhubung jumlah dan keadaan mangsa terlibat bagaimanapun belum diperoleh.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, dua aset APMM iaitu Kapal Maritim (KM) Tenggol dan Bot Penyelamat 5 dalam perjalanan ke posisi bot nelayan yang dilaporkan menyelamatkan mangsa.

“Kita masih dalam usaha menyelamat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan operasi mencari dan menyelamat digerakkan bagi mengesan 14 pemancing dan empat kru sebuah bot yang dilaporkan hampir karam di kedudukan kira-kira 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Sektor operasi diperluaskan daripada lima batu nautika hingga ke 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek timbul seperti tong ikan, tin biskut dan gabus dipercayai milik bot berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI