fbpx

Anonymous isytihar ‘perang siber’ ke atas Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan. Perang siber diisytiharkan susulan tindakan Rusia melancarkan pencerobohan penuh ke atas Ukraine. – istockphoto

MOSCOW – Kumpulan penggodam Anonymous mengisytiharkan ‘perang siber’ terhadap pentadbiran Presiden Rusia, Vladimir Putin yang melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine, lapor laman berita Wion News semalam. 

Menurut media antarabangsa, matlamat kolektif penggodaman itu adalah untuk menyahaktifkan beberapa laman web kerajaan Rusia.

Sebuah rangkaian televisyen yang dikawal Rusia, RT.com turut menjadi sasaran kumpulan berkenaan. Menurut sumber, RT.com dan  beberapa laman web lain disasarkan dalam serangan penafian perkhidmatan (DDoS) oleh Anonymous.

Kumpulan itu mengumumkan langkah berkenaan di media sosial sambil mendakwa telah menurunkan beberapa laman web kerajaan Rusia.

‘’Kumpulan Anonymous secara rasmi mengisytiharkan perang siber terhadap kerajaan Rusia,’’ tulis akaun media sosial yang dikatakan mewakili kumpulan berkenaan pada Khamis lalu.

“Kumpulan ini telah menggodam laman web saluran propaganda Rusia, RT News,’’ tambahnya ketika mengesahkan penggodaman laman RT.com.

Sementara itu, laman web kerajaan Rusia iaitu Kremlin, Duma dan Kementerian Pertahanan semuanya terkena serangan siber oleh kumpulan berkenaan.

Beberapa pengguna melaporkan bahawa laman web yang disasarkan itu beroperasi perlahan dan hilang talian untuk tempoh masa yang lama pada siang hari di rangkaian media sosial.

Dalam satu siri ciapan di Twitter, kumpulan tersebut berkata dengan jelas bahawa mereka menentang tindakan Putin terhadap Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI