fbpx

Beri masa kepada ‘acuan’ Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOFF meminta peminat tanah air agar percaya dengan ‘acuan’ pengendali baharu, Kim Pan-gon untuk mermatabatkan Harimau Malaya.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru kepada peminat tanah air agar percaya dengan ‘acuan’ pengendali baharu, Kim Pan-gon yang optimis skuad Harimau Malaya dapat tampil cemerlang pada kempen kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

Sebagai rekod, Pan-gon meluahkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya dapat mengutip sekurang-kurang­nya tujuh mata selepas diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh sekali gus mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 tahun depan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, skuad negara mungkin tampil ‘wajah’ baharu selain pendekatan taktikal berbeza susulan kehadiran barisan kejurulatihan yang diketuai Pan-gon sejak awal bulan ini

“Siapa juga lawan kita, ia bukan aksi yang mudah tetapi kita perlu bersedia. Berdasarkan rekod lepas, kita pernah menentang Bahrain pada aksi persahabatan dan kita harap jurulatih dapat melihat aksi terbabit untuk mencongak strategi baharu.

“Perlawanan menentang Bahrain dan Turkmenistan pula memang penting seperti yang sudah dinyatakan Pan-gon dengan misi wajib menang. Memang harapan kita untuk layak dan kalau kita tewas, pasti­ kita tidak akan lolos ke Piala Asia 2023 nanti.

“Selepas memperkenalkan barisan kejurulatihan baharu, saya jangka pemain yang dipanggil nanti adalah muka baharu bagi membentuk gandingan le­bih ampuh pada aksi kelayakan itu nanti,” katanya semalam.

Yusoff ditemui pada Majlis Pelancaran Buku Datuk Shukor Salleh-Jeneral Padang di Wisma FAM, Petaling Jaya yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mengulas lanjut, Yusoff turut mengakui status sebagai tuan rumah apabila aksi Kumpulan E bakal dianjurkan di Kuala Lumpur memberi kele­bihan buat skuad negara menjalani persiapan lebih baik.

“Kita dapat melakukan persiapan lebih bagus khususnya daripada segi latihan kerana tidak perlu ke luar negara dan saya harap semua pihak menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI