fbpx

United ‘curi’ semangat di Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELANGA (kanan) meledak gol penyamaan pada penghujung perlawanan untuk United membawa pulang sedikit kelebiuhan menjelang aksi kedua di Old Trafford nanti. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MADRID – Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick mengakui pasukannya telah menunjukkan semangat juang tinggi untuk mengikat juara bertahan La Liga, Atletico Madrid 1-1 pada aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, United dikejutkan dengan gol awal Atletico menerusi jaringan Joao Felix sebelum pemain muda, Anthony Elanga menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan.

Kata Rangnick, barisan pemainnya beraksi di bawah tahap sebenar pada 45 minit pertama apabila gagal mengawal bola dengan baik selain tidak me­lakukan sebarang serangan yang boleh menguji benteng pertahanan lawan.

“Memang jelas Atletico lebih mendominasi perlawanan pada babak pertama dan saya lihat mereka berhak mendahului per­lawanan kerana barisan pemain terleka dan gagal mengikuti arahan taktikal dengan baik.

“Namun, kelemahan tersebut dapat diperbaiki pada babak kedua dan saya rasa keputusan seri lebih adil buat kedua-dua pasukan selain pujian juga wajar diberikan kepada Elanga. Kini, saya yakin kelebihan bakal menjadi milik kami apabila beraksi di Old Trafford bulan depan,” katanya.

Sementara itu, Elanga yang baru berusia 20 tahun mengakui sangat berbangga dapat membalas kepercayaan yang diberikan oleh Rangnick bagi memastikan skuad The Red Devils tidak pulang dengan tangan kosong pada aksi kali ini.

“Saya rasa jaringan yang dilakukan adalah sentuhan bola pertama buat saya selepas dimasukkan sebagai pemain gantian. Sudah tentu saya sangat gembira, tetapi saya harap semua pemain tampil lebih bersedia pada aksi pusingan ke­dua nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI