fbpx

Tya akui silap sendiri berhijab gaya ‘sister’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaya tudung Tya yang dikritik ramai.

PETALING JAYA – Penyanyi dan usahawan kelahiran Indonesia, Tya Arifin mengakui kesilapan diri selepas dikecam netizen berhubung imej hijab menyerupai biarawati gereja yang digayakannya, Isnin lalu.

Gaya tersebut dipakai Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin ketika majlis sambutan ulang tahun ke-63 bapa mentuanya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Tya yang juga menantu tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurha­liza memberitahu, dia mene­rima segala kecaman dan pandangan netizen dengan hati terbuka.

Menurutnya, dia masih lagi dalam proses untuk belajar menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan bersyukur kerana masih ramai mengambil berat mengenainya.

“Terima kasih atas semua perhatian terhadap saya. Teguran itu saya anggap rasa sayang daripada kalian.

“Ya, saya masih belajar untuk jadi yang lebih baik. Apapun, saya bersyukur masih banyak orang yang peduli dan memberi perhatian terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, pelantun lagu Bagaikan Mutiara itu menjadi buah mulut netizen selepas memuat naik video dalam Instagram memaparkan dirinya berpakaian serba putih sambil mengenakan hijab lilit tidak ubah seperti biarawati gereja.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata peminat dan pengikut kecewa dengan gaya tudung yang dipakainya.

Malah, tidak kurang juga yang membeza-bezakan imej hijab Tya dengan kakak iparnya iaitu pelakon Izara Aishah.

“Contohilah cara ­pemakaian tudung kakak iparmu, Izara Aishah. Adakah ini sekadar untuk mengejar dan mengikut trend fesyen semata-mata.

“Dah macam ‘sister’ di gere­ja. Janganlah yang aneh-aneh Tya. Pakailah tudung yang ikut syariat Islam. Tak salah nak berfesyen tapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya,” luah netizen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI