fbpx

sooka tawar kandungan segar, menarik tanpa kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Emarina, sehingga kini, aplikasi Sooka sudah mempunyai 2.9 juta pengikut yang memuat turun aplikasi tersebut untuk tontonan mereka di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.

APLIKASI penstriman popular terbaharu, sooka dilihat paling bersesuaian dan bertepatan bagi pengguna milenial yang mahukan sesuatu kelainan menerusi platform digital mudah alih.

Menurut Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd. Kamal, tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini kewujudan pelbagai perkhidmatan penstriman membolehkan sesiapa sahaja untuk mengakses kandungan di mana-mana tanpa mengira masa.

Kata Emarina, sooka yang baru sahaja menemui pengguna tidak sampai setahun menjadi platform terbaharu yang diminati ramai tanpa mengira latar belakang demografi.

“Jujur kami katakan, walaupun masih setahun jagung atau dalam erti kata lain masih hijau, namun penerimaan orang ramai terhadap aplikasi ini amat membanggakan.

“Tidak sampai setahun dilancarkan, kita sudah ada lebih daripada 2.9 juta pengikut yang sudah memuat turun aplikasi tersebut.

“Hasil daripada tinjauan dan maklum balas yang kami terima, mereka (penonton) suka dan tertarik dengan pelbagai kandungan yang disajikan menerusi platform interaktif tersebut,” katanya kepada Hib Glam.

Tambah Emarina, terdapat tiga faktor yang mendorong dan membuatkan sooka digemari serta menjadi ikutan ramai.

“Antaranya, kami memberikan akses percuma kepada anda untuk menyaksikan pelbagai kandungan tanpa memerlukan pengguna untuk mengisi dan memenuhi ruangan soalan keselamatan yang disifatkan membuang masa dan menyulitkan.

“Keduanya, kami juga menawarkan pakej premium bulanan pada harga mampu milik iaitu serendah RM15.90 sebulan dan tawaran ini tidak boleh didapati di mana-mana platform penstriman lain.

“Ketiga dan yang terakhir, pastinya kami tidak ‘mengikat’ pelanggan yang sudah mendaftar dan memuat turun sooka untuk tempoh waktu tertentu.

“Ini sekali gus membolehkan pelanggan membatalkan langganan mereka pada bila-bila masa tanpa perlu memikirkan soal kontrak yang perlu mereka patuhi,” katanya.

Dalam pada itu, Emarina berkata, pihaknya turut optimis bagi menyedia dan menawarkan lebih banyak kandungan tidak sahaja sekadar sukan dah hiburan dalam negara, malah akan memperluaskannya ke segmen lain kelak.

“Menerusi hasil tinjauan kami, tidak setakat kandungan berbentuk sukan dan hiburan semata-mata, penonton turut mahu dan mencadangkan agar segmen kandungan diperluaskan ke skop lain yang lebih besar.

“Antaranya seperti kandungan pendidikan yang melibatkan murid-murid serta pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Tidak kurang juga kandungan berbentuk agama dan berunsur Islamik yang diminati para ibu dan wanita di luar sana.

“Kita amat berterima kasih dengan maklum balas dan pandangan mereka terhadap sooka. Semua perkara tersebut diambil kira dan akan disusun atur satu persatu nanti,” ujarnya.

Jelasnya, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan syarikat penerbitan terbaik dalam industri bagi menghasilkan pelbagai siri original yang segar serta menarik.

Emarina turut memberitahu, bagi tahun 2022, sebanyak 20 naskhah siri original merangkumi pelbagai genre termasuk drama, telefilem dan filem bakal ditayangkan menerusi aplikasi itu.

Ia dimulakan dengan siri perdana berjudul Love In Lockdown yang diluncurkan pada 20 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI