fbpx

Pesara kerajaan rugi lebih setengah juta ditipu ‘Mastura’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM500,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket ala Macau pada bulan Oktober tahun lalu.

Mangsa yang bukan sahaja sanggup mengeluarkan wang simpanan malah menggadaikan semua barangan kemas isterinya lantaran terlalu mempercayai anggota sindiket itu hanya menyedari tertipu pada Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, mangsa berusia 65 tahun mendakwa telah dihubungi seorang wanita yang mengenalkan diri sebagai ‘Mastura’ pada bulan Oktober tahun lalu.

“Wanita itu mengaku kononnya pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa panik dan ketakutan apabila dimaklumkan suspek, dia kini dalam pemerhatian LHDN,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zambri berkata, ‘Mastura’ kemudiannya mengarahkan pesara kerajaan terbabit membuka akaun bank baharu.

Tambah beliau, mangsa yang panik telah mengeluarkan semua wang simpanan dan menggadai barangan kemas milik isterinya bernilai keseluruhan RM532,800 sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank yang baru dibuka itu.

“Pesara kerajaan tersebut hanya menyedari telah ditipu selepas kesemua wang di dalam akaun bank baru itu telah habis dikeluarkan tanpa pengetahuannya baru-baru ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI