fbpx

Perang: Harga minyak, emas melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN beratur di sebuah stesen minyak selepas tercetus operasi ketenteran di Kiev, Ukraine – AFP

HONG KONG – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 (RM419.73) setong untuk kali pertama dalam tempoh tujuh tahun semalam selepas Pre­siden Rusia, Vladimir Putin me­ngumumkan ‘operasi ketenteraan’ ke atas Ukraine.

Harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$100.4 (RM421.41) setong selepas pengumuman tersebut yang mencetuskan kebimbangan pelabur bahawa konflik berskala besar akan berlaku di rantau Eropah Timur.

Peningkatan mendadak harga minyak itu berlaku selepas Putin membuat pengumuman mengejut di televisyen.

“Saya membuat keputusan untuk melancarkan operasi ketenteraan,” katanya sebelum pukul 11 pagi (waktu Malaysia) dan berjanji akan bertindak balas terhadap sesiapa sahaja yang campur tangan dalam operasi Rusia.

Putin juga menggesa anggota tentera Ukraine meletakkan senjata mereka.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Kremlin berkata, pe­mimpin-pemimpin pemberontak di timur Ukraine telah meminta bantuan ketenteraan Moscow bagi menangani Kiev.

Harga minyak dunia meningkat sejak beberapa minggu lalu dan mengatasi paras AS$100 semalam buat kali pertama sejak September 2014.

“Ketegangan Rusia/Ukraine menyebabkan permintaan mengejut (untuk Eropah) dan lebih penting lagi, stok bekalan yang lebih besar untuk seluruh dunia berikutan peranan pen­ting kedua-dua Rusia dan Ukraine dalam komoditi tenaga,” kata Eksekutif Bank Nasional Australia, Tapas Strickland.

Harga aset selamat termasuk emas turut melonjak dan mencatat harga tertinggi dalam tempoh lebih setahun.

Ketika ini, emas diniagakan pada sekitar AS$1,947 (RM8,160) per gram menjadikan ia harga tertinggi sejak Januari 2021.

Sementara itu, ekuiti di Asia menjunam dengan Hong Kong, Mumbai, Singapura dan Sydney menyaksikan penurunan lebih dua peratus. Kerugian turut dicatatkan di Tokyo, Shanghai dan Jakarta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI