fbpx

Pemilik syarikat kawalan keselamatan didakwa rasuah tutup kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahenthiran (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. - ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM630,000 sebagai dorongan membantu menutup kes kematian pekerja asing akibat Covid-19, tahun lalu.

Tertuduh, C. Mahenthiran,51 , membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, Mahenthiran didakwa menerima suapan keseluruhan RM630,000 daripada pemilik kilang air batu yang berusia 51 tahun untuk membantunya daripada dikenakan tindakan dan menutup kes kematian pekerja warga asing akibat Covid-19.

Pindahan wang rasuah secara atas talian ke dalam akaun syarikat tertuduh itu juga sebagai dorongan untuk mencari dan membeli tanah kubur serta pampasan kepada seorang lelaki kerana ditahan polis atas siasatan kes kematian warga asing tersebut.

Perbuatan itu semua dilakukan di Affin Bank Cawangan Rawang antara 4 Ogos hingga 10 September tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut didakwa atas lapan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab. Wahab menawarkan jaminan RM100,000 bersama seorang penjamin selain syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan serta menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Peguam Bernard Francis bagaimanapun memohon jaminan lebih rendah memandangkan isteri tertuduh sedang mendapatkan rawatan mental dengan kos rawatan RM2,000 sebulan.

“Tertuduh merupakan pemilik MNAT Suria Enterprise bagi perkhidmatan kawalan keselamatan sejak 15 tahun lalu di syarikat milik pengadu dan sampai hari ini masih memberikan perkhidmatan kepada pengadu.

“Tertuduh kenal pengadu dan mereka berkawan. Tertuduh direman selama lima hari dan pernah mendapatkan rawatan di hospital akibat sakit darah tinggi,” ujarnya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwa. Sebutan semula kes pada 25 Mac depan.

Kosmo! pada 9 November lalu melaporkan tindakan seorang pengurus syarikat keselamatan mengaut untung dengan meminta rasuah ‘wang perlindungan’ hampir RM1juta daripada pemilik kilang air batu memakan diri apabila direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Wang berkenaan kononnya bagi ‘menutup kesalahan’ kilang berkenaan daripada tindakan penguatkuasaan berikutan terdapat pekerja warga asing di kilang tersebut meninggal dunia akibat Covid-19. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI